“ Islamist Medicine: From Bench To Bedside”

Thursday, July 7, 2011

Kuliyyah Maghrib - Hospital Mesra Ibadah, Dr Mohamad Najib Mat Pa

Kuliah Maghrib malam pertama disampaikan oleh Dr. Najib, Pensyarah di Jabatan Pendidikan Peruabtan, USM. Menghuraikan tentang konsep Jospital Mesra Ibadah.


Dr. Mohamad Najib menyampaikan ceramahnya

Peserta muslimin khusyuk mendengar

Begitu juga dengan peserta muslimat

NiCE 2011 Bermula!...

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi, perancangan yang telah lama disusun kini telah tiba. Sebentar tadi program National Ibnu Sina Conference & Community Engagement 2011 telah di rasmikan oleh Dr. Shah Jihan (Naib Presiden 1, Papisma Pusat).

Selama empat hari program ini berlangsung, sama-sama kita doakan agar Allah mempermudahkan segalanya.Kepada semua urusetia & peserta, selamat ber NiCE 2011 diucapkan.




InsyaAllah laporan akan disediakan oleh pihak urusetia dari semasa ke semasa untuk semua ahli Papisma seluruh dunia (termasuk yang sedang berada di calcutta & sydney) sehingga NiCE 2011 pada tahun ini melabuhkan tirainya...

Disediakan oleh :

-al-
AbulHaafiz

Monday, July 4, 2011

PENTING! Pengankutan Peserta NICE 2011

Assalamualaikum w.b.t
Kepada:
Semua peserta National Ibnusina Conference & Community engagement 2011

Pengangkutan peserta ke tempat program

Untuk pengangkutan pelajar luar Kelantan, kami menetapkan beberapa option untuk di pilih oleh peserta:

1- Bagi mereka yang menaiki perkhidmatan BAS, anda dinasihatkan untuk menaiki BAS TRANSNASIONAL kerana bas ini akan berhenti di HENTIAN BAS KOTA BHARU. Pihak kami akan menunggu anda di sana untuk dihantar ke tempat program. Kami akan menunggu peserta di hentian bas kota Bharu pada  7 JULAI 2011 jam 6.00 pagi. Peserta yang sampai awal boleh menunggu di tempat menunggu yang disediakan di BENGKEL tersebut.

Bagi mereka yang menaiki bas selain TRANSNASIONAL, sila maklumkan kepada kami untuk berurusan.

2- Bagi mereka yang memilih untuk datang menggunakan perkhitmatan kapal terbang, anda diminta untuk memaklumkan kepada kami tentang masa TIBA di lapangan terbang untuk urusan penghantaran ke tempat program.

Semua peserta yang memerlukan perkhidmatan yang disediakan, sila maklumkan kepada wakil kami detail anda. Detail tersebut adalah:

                <NAMA><JENIS BAS/PLANE><MASA DIJANGKA TIBA><NO TEL>

Sila hubungi atau SMS butiran tersebut kepada saudara:

-> MUHAMAD HAZNI BIN ABDUL RAHIM, 013-9892274
-> SURAYA BINTI MAHUSIN , 019-4487687

Sekian, Terima Kasih.

“Islamist Medicine: from Bench To Bedside”

MUHAMAD HAZNI BIN ABDUL RAHIM,
Ajk Pengangkutan Peserta,
NICE 2011.


Friday, June 24, 2011

Pengumuman Penting!...

Semalam (24 Jun 2011) jawatankuasa program NiCE 2011 telah bermesyuarat, untuk makluman kepada semua, ada beberapa masalah yang sedang dihadapi pihak penganjur. Antaranya adalah berkaitan dengan kos penginapan & pengangkutan yang terlalu tinggi. Buat masa sekarang, kos perbelanjaan melebihi bajet yang ada.

Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa pogram terpaksa memotong bajet yang diperuntukkan untuk perkara-perkara yang dirasakan kurang penting & menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting.

Walaubagaimanapun, deficit masih lagi tak dapat ditampung sepenuhnya. Oleh yang demikian, saya mewakili pihak pengurusan NiCE 2011, ingin memaklumkan bahawa, yuran peyertaan program NiCE 2011 dinaikkan kepada RM 60.

Untuk makluman semua, walaupun yuran penyertaan dinaikkan, namun ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan yuran penyertaan program NiCE yang lepas iaitu RM 70.

Saya mewakili pihak pengurusan memohon maaf atas sebarang kesulitan. Wallahu'alam.


Yang benar,

-al-
AbulHaafiz
Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail
Unit Publisiti NiCE 2011

P/s: Kepada semua perserta yang masih belum menjelaskan yuran, anda bolehlah berbuat demikian seberapa segera. Kepada yang telahpun menjelaskannya, baki RM 10 itu bolehlah dijelaskan semasa melaporkan diri di meja pendaftaran nanti.

Wednesday, June 22, 2011

NiCE 2011-Update!

Untuk makluman kepada semua peserta, ada beberapa perubahan yang terpaksa di lakukan oleh pihak pengurusan NiCE 2011. Perubahan adalah melibatkan penceramah & juga majlis perasmian penutup. Dukacita dimaklumkan bahawa

-Ust Hasrizal yang dijadualkan bersama kita dalam prgram NiCE 2011 terpaksa dibatalkan ekoran Ust Hazrizal mempunyai program yang lain yang lebih utama untuk beliau hadir. Walaubagaimanpun beliau akan diganti oleh seorang tokoh yang tak asing lagi iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad Consultant Ophthalmologist,Prince Court Medical Centre). Beliau yang sering dijemput oleh pihak media terutamanya radio IKIM akan bersama kita mengisi slot bersama Ust Hasrizal.

-YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dijadualkan akan merasmikan majlis penutup NiCE 2011 terpaksa digantikan oleh Dr Hashairy (Pengerusi Papisma Kelantan). Sebagaimana Ust Hasrizal, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga mempunyai komitmen yang lain yang perlu diutamakan.

Saya mewakili pihak pengurusan NiCE 2011 ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kesulitan. Harap maklum.

-al-
AbulHaafiz
Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail

Tuesday, June 21, 2011

Tarikh Pembayaran Yuran Dilanjutkan..

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada,
Semua Peserta National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011.

Untuk maklumat, tempoh pembayaran yuran program RM50/head telah dilanjutkan sehingga

30 JUN 2011, Khamis.

Sila lakukan pembayaran melalui akaun Papisma Kelantan Service:

No Akaun Bank Islam: 03036010037928

Sila maklumkan pembayaran anda setelah anda melakukannya kepada:

MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI: 014-5229010 (Local Universiti)
AHMAD SYAKIR BIN MOHAMAD: 019-9009321 (Abroad Universiti)

Sekian, Terima Kasih...

"Islamist Medicine: From Bench To Bedside"


AJK Pendaftaran NICE 2011.



Monday, June 13, 2011

Pendaftaran NICE 2011 Sudah Ditutup!

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua, pendaftaran untuk program National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011 telah ditutup secara rasmi.

Semoga kita dipertemukan oleh Allah di program NICE 2011 yang akan berlangsung pada 7-10 Julai 2011 ini, insyaAllah..


Sekian,Terima Kasih

Mohamad Solehin Bin Bakri,
Ajk Pendaftaran & Perhubungan,
NICE 2011
msb_rg8@yahoo.com
014-5229010