“ Islamist Medicine: From Bench To Bedside”

Friday, June 24, 2011

Pengumuman Penting!...

Semalam (24 Jun 2011) jawatankuasa program NiCE 2011 telah bermesyuarat, untuk makluman kepada semua, ada beberapa masalah yang sedang dihadapi pihak penganjur. Antaranya adalah berkaitan dengan kos penginapan & pengangkutan yang terlalu tinggi. Buat masa sekarang, kos perbelanjaan melebihi bajet yang ada.

Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa pogram terpaksa memotong bajet yang diperuntukkan untuk perkara-perkara yang dirasakan kurang penting & menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting.

Walaubagaimanapun, deficit masih lagi tak dapat ditampung sepenuhnya. Oleh yang demikian, saya mewakili pihak pengurusan NiCE 2011, ingin memaklumkan bahawa, yuran peyertaan program NiCE 2011 dinaikkan kepada RM 60.

Untuk makluman semua, walaupun yuran penyertaan dinaikkan, namun ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan yuran penyertaan program NiCE yang lepas iaitu RM 70.

Saya mewakili pihak pengurusan memohon maaf atas sebarang kesulitan. Wallahu'alam.


Yang benar,

-al-
AbulHaafiz
Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail
Unit Publisiti NiCE 2011

P/s: Kepada semua perserta yang masih belum menjelaskan yuran, anda bolehlah berbuat demikian seberapa segera. Kepada yang telahpun menjelaskannya, baki RM 10 itu bolehlah dijelaskan semasa melaporkan diri di meja pendaftaran nanti.

Wednesday, June 22, 2011

NiCE 2011-Update!

Untuk makluman kepada semua peserta, ada beberapa perubahan yang terpaksa di lakukan oleh pihak pengurusan NiCE 2011. Perubahan adalah melibatkan penceramah & juga majlis perasmian penutup. Dukacita dimaklumkan bahawa

-Ust Hasrizal yang dijadualkan bersama kita dalam prgram NiCE 2011 terpaksa dibatalkan ekoran Ust Hazrizal mempunyai program yang lain yang lebih utama untuk beliau hadir. Walaubagaimanpun beliau akan diganti oleh seorang tokoh yang tak asing lagi iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad Consultant Ophthalmologist,Prince Court Medical Centre). Beliau yang sering dijemput oleh pihak media terutamanya radio IKIM akan bersama kita mengisi slot bersama Ust Hasrizal.

-YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dijadualkan akan merasmikan majlis penutup NiCE 2011 terpaksa digantikan oleh Dr Hashairy (Pengerusi Papisma Kelantan). Sebagaimana Ust Hasrizal, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga mempunyai komitmen yang lain yang perlu diutamakan.

Saya mewakili pihak pengurusan NiCE 2011 ingin memohon ribuan kemaafan atas segala kesulitan. Harap maklum.

-al-
AbulHaafiz
Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail

Tuesday, June 21, 2011

Tarikh Pembayaran Yuran Dilanjutkan..

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada,
Semua Peserta National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011.

Untuk maklumat, tempoh pembayaran yuran program RM50/head telah dilanjutkan sehingga

30 JUN 2011, Khamis.

Sila lakukan pembayaran melalui akaun Papisma Kelantan Service:

No Akaun Bank Islam: 03036010037928

Sila maklumkan pembayaran anda setelah anda melakukannya kepada:

MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI: 014-5229010 (Local Universiti)
AHMAD SYAKIR BIN MOHAMAD: 019-9009321 (Abroad Universiti)

Sekian, Terima Kasih...

"Islamist Medicine: From Bench To Bedside"


AJK Pendaftaran NICE 2011.



Monday, June 13, 2011

Pendaftaran NICE 2011 Sudah Ditutup!

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua, pendaftaran untuk program National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011 telah ditutup secara rasmi.

Semoga kita dipertemukan oleh Allah di program NICE 2011 yang akan berlangsung pada 7-10 Julai 2011 ini, insyaAllah..


Sekian,Terima Kasih

Mohamad Solehin Bin Bakri,
Ajk Pendaftaran & Perhubungan,
NICE 2011
msb_rg8@yahoo.com
014-5229010

Tentatif Program NICE 2011


Assalamualaikum w.b.t
Disini disertakan tentatif program NICE 2011 untuk makluman semua peserta, semoga dengan tentatif ini akan memudahkan para peserta mempersiapkan kelengkapan diri mengikut kesesuaian program.
KHAMIS (7 Julai 2011)

9.00 pg - 12.00 tgh
Pendaftaran & Check-In
12.00 tgh – 2ptg
Persiapan diri & Rehat serta solat Zuhur
2.00ptg – 4ptg
Ice breaking & Introduction to NICE & PAPISMA
Pre-conference Study findings Presentation
Knowledge, Attitude and Practice of Islamic Medicine and Ethics
Among Healthcare workers in HUSM
4.00ptg – 5ptg
Minum petang & solat ‘Asar
5.00ptg – 7.00ptg
Ice breaking
7.00ptg – 7.30 mlm
Kendiri & Makan malam
7.30mlm – 9:00 mlm
Solat & kuliah : Konsep Hospital Islam – Ust Marzuk
9.00 mlm – 11 mlm
Majlis Perasmian oleh YB Dato’ Hj Mohd Ammar B. Nik Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan Dan Dakwah
Negeri Kelantan


JUMAAT (8 Julai 2011)

5.00 - 7.00pg
Qiyamullail & Solat Subuh & Mathurat & Tazkirah Subuh: Promosi Kesihatan sebagai cabang Da’wah. – Dr Suhazeli
7.00  – 8.00 pg
Sarapan pagi
8.00  – 9:30 pg
Islamist Medicine: From Bench to Bedside:  Dr Harmy
9.45 – 11 pg
Konsep Perubatan Islam: Dr Mujahid
11.00 – 12.30pm
Kesedaran Pesakit tentang Ibadah: Situasi semasa di HUSM – Ust Adli
12.45-2.30 ptg
Solat Jumaat dan makan tengah hari 
2:45 – 4:30 ptg
Isu kontemporari: Ust Fauzi Yusoh
Pensyarah,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
UNISZA
4:45-6:30 ptg
LDK 1: Senario fiqh perubatan (video workshop)
6:30 – 7:00 ptg
Makan Malam
7:15-9:00 mlm
Solat & Kuliah. Cabaran Pengamal Perubatan dalam mengamalkan Islam semasa bertugas – Prof Madya Dr Rashidi
9:15-11:30mlm
Pembentangan LDK & Diskusi

Sabtu  (9 Julai 2011)

5.00 - 7.00 pg
Qiyamullail & Solat Subuh & Mathurat & Tazkirah Subuh.  Penulisan dan kajian sebagai medan da’wah – Dr Irfan
7.00 – 8.00 pg
Sarapan pagi
8.00 – 9:15 pg
Role of Muslim Medical Professional – Prof Dr Muhaya Mohamad
Consultant Ophthalmologist,
Prince Court Medical Centre
9.30 – 10.15 pg
Approach to Da’wah in Healthcare – Prof Dr Muhaya Mohamad
Consultant Ophthalmologist,
Prince Court Medical Centre
10.30 – 5:00 ptg
Islamist Medicine: In practice
5:30-6:30 ptg
Riadah
6:30 – 7:00mlm
Makan Malam
7:15-9:00mlm
Solat & Kuliah. Mati Otak: Persepektif Moden dan Islam. – Dr Wan Nazaruddin
9:15-11:30 mlm
Forum: Fiqh Dakwah dalam perubatan & kesihatan
        Dr Roslan
        Dr Rosediani
        Dr Rosliza
        Dr Jefri Irwan

Ahad  (10 Julai 2011)

5.00 - 7.00pg
Qiyamullail & Solat Subuh & Mathurat & Tazkirah Subuh. Kepentingan academia dan pentadbir Muslim dalam merealisasi Hospital mesra Ibadah. -  Prof Madya Dr Abd Razak
7.00 – 8.00 pg
Sarapan pagi
8.00 – 10:00 pg
Resolusi
10.30 – 12:00pm
Perasmian Penutup Dr Hasyairi
Pengerusi PAPISMA Kelantan

Berikut merupakan tentatif program NICE 2011 yang akan berlangsung selama 4 hari 3 malam. Harap Maklum.



TAHNIAH! Kepada semua peserta National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh: 13 Jun 2011

Semua Peserta,
National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011 [NICE’ 11]

Jawatankuasa kerja,
National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011 [NICE’ 11],
PAPISMA Caw. Kelantan.

TAHNIAH! Kerana terpilih menyertai National Ibnusina Conference & Community Engagement 2011 [NICE’ 11].

Tinggal kurang sebulan lagi National Ibnu Sina Conference and Community Engagement (NICE) 2011 yang bertemakan: Islamist Medicine; From Bench to Bedside. Kita menyusun program ini bertujuan untuk melatih peserta-peserta supaya sentiasa cakna dengan isu-isu berkaitan Fiqh Perubatan dan Ibadah Pesakit serta bersedia dan sedar akan bidang kesihatan sebagai salah satu medan da'wah, insyaAllah.Ini merupakan satu bentuk Jihad kesihatan.

Oleh yang demikian, kami daripada pihak penganjur sangat mengalu-alukan penyertaan daripada anda bagi menjayakan lagi program NICE ’11 pada tahun ini.

Seperti yang semua sedia maklum, program ini mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM50/peserta bagi menanggung kos perbelanjaan program yang akan mengambil masa selama 4 hari 3 malam. Oleh itu, untuk memudahkan proses pembayaran yuran, semua peserta dikehendaki membuat pembayaran melalui akaun PAPISMA Kelantan Services sebelum atau pada 20 Jun 2011.

No Akaun BANK ISLAM: 03036010037928

Jika anda sudah menjelaskan yuran kedalam akaun yang tertera,sila SMS nama dan tarikh ‘bank-in’ kepada : [Local Universiti:MOHAMAD SOLEHIN BIN BAKRI: 014-5229010] [Abroad Universiti: AHMAD SYAKIR MOHAMAD:019-9009321].

Sekian Terima Kasih

Mohamad Solehin Bin Bakri,
Ahli Jawatankuasa,
Pendaftaran dan Perhubungan,
NICE 2011.
Email: msb_rg8@yahoo.com
h/p: 014-5229010

Sunday, June 5, 2011

Ada apa dengan x-ray...

Suatu masa, Saya pernah merawati seorang wanita dalam lingkungan 40-an. Katanya, dia kemalangan akibat brek keretanya yang tiba-tiba tak berfungsi dengan baik. Datang dengan keadaan kepalanya berdarah. Ketika merawatinya, saya buat x-ray kepalanya, nak lihat kalau-kalau ada skull fracture atau ada foreign body.

Di bawah ni adalah gambar x-ray AP & lateral kepalanya. Cuba teka apakah dia objek putih kecil & nipis yang banyak terdapat dalam gambar x-ray ini. Tentunya anda boleh menekanya bukan? Kalau anda berada di tempat Al pada waktu itu, agak-agaknya apa tindakan anda?

(klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)


(klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)

P/s: Dalam gambar x-ray diatas saya dah buang maklumat tentang pesakit seperti nama, no pendaftaran dll bagi menjaga confidentiality pesakit berkenaan.