“ Islamist Medicine: From Bench To Bedside”

Friday, June 24, 2011

Pengumuman Penting!...

Semalam (24 Jun 2011) jawatankuasa program NiCE 2011 telah bermesyuarat, untuk makluman kepada semua, ada beberapa masalah yang sedang dihadapi pihak penganjur. Antaranya adalah berkaitan dengan kos penginapan & pengangkutan yang terlalu tinggi. Buat masa sekarang, kos perbelanjaan melebihi bajet yang ada.

Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa pogram terpaksa memotong bajet yang diperuntukkan untuk perkara-perkara yang dirasakan kurang penting & menumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting.

Walaubagaimanapun, deficit masih lagi tak dapat ditampung sepenuhnya. Oleh yang demikian, saya mewakili pihak pengurusan NiCE 2011, ingin memaklumkan bahawa, yuran peyertaan program NiCE 2011 dinaikkan kepada RM 60.

Untuk makluman semua, walaupun yuran penyertaan dinaikkan, namun ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan yuran penyertaan program NiCE yang lepas iaitu RM 70.

Saya mewakili pihak pengurusan memohon maaf atas sebarang kesulitan. Wallahu'alam.


Yang benar,

-al-
AbulHaafiz
Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail
Unit Publisiti NiCE 2011

P/s: Kepada semua perserta yang masih belum menjelaskan yuran, anda bolehlah berbuat demikian seberapa segera. Kepada yang telahpun menjelaskannya, baki RM 10 itu bolehlah dijelaskan semasa melaporkan diri di meja pendaftaran nanti.

No comments:

Post a Comment