“ Islamist Medicine: From Bench To Bedside”

Monday, March 28, 2011

Overview Tentang Tapak Program...Kem Kijang

InsyaAllah pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk mengadakan program NICE pada tahun ini ki Kem Kijang, Kelantan. Untuk pengetahuan semua, Kem Kijang ni adalah antara lokasi yang sangat tersohor di Kelantan. Ia adalah tapak perkemahan tradisi pasukan-pasukan beruniform seperti Pengakap, PBSM. Pandu Puteri, serta kadet-kadet. Alhamdulillah, sebagai bekas Pengakap Raja , Kem Kijang pastinya banyak meninggalkan kenangan pahit & manis kepada penulis sepanjang penglibatan dengan pasukan Pengakap di Sekolah menengah suatu ketika dahulu.

Kem Kijang...sekilas pandang

Kem Kijang  terletak di Daerah Badang kira-kira 8 kilometer dari Pusat Bandar Kota Bharu.  Kem tersebut di rasmikan pada bulan Ogos 1953 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Muhammad ke IV.  Al - Sultan Kelantan pada masa itu.

Tapak Kem Kijang ini adalah anugerah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, iaitu Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad ke –IV dan didaftarkan atas nama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Pada mulanya ia terdiri dari tiga lot tanah dalam mukim Badang dengan jumlah keluasanya lebih kurang 27 ekar pada tahun 1957. Kemudianya keluasan Kem ini bertambah menjadi  lebih kurang 31 ekar pada tahun 1974.


Indahnya Kem Kijang

Lord Rowallan, Pengakap Agong bagi Negeri-Negeri Commonwealth British telah melawat perkhemahan ini dalam tahun 1954 dan meninggalkan “ kesan Tapak Kakinya “ di situ dan beliau juga telah menaman sepohon pokok BP. Beliau juga memuji keindahan kawasan perkhemahan ini “ Kalau di England  mengadakan seluruh kem yang indah dan lengkap seperti kem ini akan memakan belanja beratus-ratus pound “.

Di bawah adalah antara panorama-panorama yang dapat dilihat di Kem Kijang yang insyaAllah akan menjadi tapak program NICE kita nanti.

Antara bangunan penginapan disana


Lagi bangunan penginapan


Gambar pintu masuk utama Kem Kijang. Menempatkan pejabat utama Kem, juga dewan Darul Naim. InsyaAllah nanti kita guna dewan ni untuk program NICE nanti.


Antara tempat penginapan yang ada disana


Surau


Dataran, kawasan di mana perhimpunan diadakan. Juga menjadi tempat untuk pasukan beruniform berkawad


 Antara panorama perkemahan yang dapat dilihat di Kem Kijang. Jangan salah faham. Pihak urusetia tak biarkan peserta tinggal dalam kemah macam ni. InsyaAlah nanti akan disediakan asrama. Siapa ada aircond lagi (tapi tak janji)...

Tempat memanjat...kalau tak berani jangan cuba, jatuh tak tahu...hehe


Terowong maut..Takut sangat kalau masuk terowong yang kecik tu. Kalau rasa diri berbadan besar, jangan la suka-suka masuk yang tu, nanti lekat, tak siapa boleh tolong...(gurau je)

Benteng sempadan Palestin & Yahudi yang akan kita panjat nanti...


Walaahu'alam


Disediakan oleh :

-al-
Abul-Haafiz
Dr. Muhd Al-Aarifin Ismail
Unit Publisiti & Teknikal
Program NICE 2011

http://www.al-aarifin.blogspot.com/





No comments:

Post a Comment